3 langkah untuk mengenalpasti sama ada ubat itu selamat atau tidak.

Black G Supplement

Kini, jika kita lihat sudah terlalu banyak produk kesihatan yang terdapat di pasaran.

Tapi persoalannya, betul-betul selamat tak produk / ubat tersebut?

Anda juga semestinya takut dan risau jika produk tersebut tidak berkesan dan lebih teruk lagi terdapat kesan sampingan. Tidak semestinya harga produk tersebut mahal atau murah, kedua-duanya perlu mementingkan keselamatan dan kualiti yang terbaik kepada pengguna. Bahkan, imej dan jenama perniagaan tersebut lebih mudah untuk anda percaya dan membeli daripada jenama produk perniagaan tersebut.

Jadi apa anda perlu lakukan?

Langkah pertama : Pastikan produk kesihatan tersebut mempunyai kelulusan dan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Produk berdaftar adalah terjamin daripada segi Keselamatan (Safety), Kualiti (Quality) dan Keberkesanan (Efficacy). Produk berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label keselamatan Hologram pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.

Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :

Kategori pendaftaran produk:

A – ubat mengandungi racun terkawal (eg: antibiotik, darah tinggi)

X – ubat yang tidak mengandungi racun terkawal / OTC (eg: paracetamol, aspirin)

T – ubat tradisional (eg: Jamu, minyak urut, minyak gamat)

N – natural produk/ubat supplemen kesihatan (eg: minyak ikan kod, multivitamin, glucosamine)

H – Ubat Veterinar

Langkah kedua : Pastikan produk kesihatan tersebut mempunyai sijil HALAL JAKIM

Black G Supplement

Sijil HALAL ini penting bagi kita umat Islam supaya kandungan di dalam sesuatu makanan itu bersih, suci, dan tidak datang dari sumber yang haram. Anda juga seeloknya memilih produk buatan Muslim supaya bahan yang digunakan Halal dan selamat untuk dimakan. Anda juga dapat membantu kita sesama Muslim dengan memberi sokongan terhadap produk buatan Muslim.

Langkah ketiga : Check review atau testimoni pelanggan

Black G Supplement

Sebelum membeli, anda seharusnya melihat testimoni pelanggan yang menggunakan produk tersebut bagi membantu anda membuat pilihan. Komen daripada pengguna yang lepas sedikit sebanyak dapat memberi anda panduan atau maklumat tambahan berkenaan produk tersebut. Perhatikan komen-komen sama ada pengguna produk tersebut berpuas hati, terdapat kesan sampingan atau tidak dan paling penting produk tersebut berkesan atau tidak dalam membantu masalah anda.

Ingat sebelum membeli, pastikan anda berhati-hati akan keselamatan produk tersebut. Jangan nanti sudah terhantuk, baru terngadah okay 🙂

Good Health, Brings Joy,

Superb Supplement

Reference: https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/soalan-lazim/bagaimana-mengenalpasti-sesuatu-ubat-itu-adalah-ubat-berdaftar-dengan-kkm.html

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *