SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2020

Black G Supplement

Di kesempatan ini, kami superbsupplement ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin. Mohon maaf jika terdapat salah dan silap.

Setelah 30 hari kita berpuasa dan dalam pada masa yang sama menangani COVID-19, akhirnya telah tiba hari kemenangan umat Islam seluruh dunia. Semestinya kita sedih kerana bulan Ramadan telah berlalu pergi dan memandangkan kita masih di dalam PKP, kita tidak berpeluang untuk beraya di kampung atau berjumpa dengan sanak-saudara. Jadi hanya video call sahaja alat untuk kita berkomunikasi bersama mereka.

InshaAllah tahun depan jika Covid-19 sudah reda dan para saintis telah menjumpai vaksin bagi merawat Covid-19, kita boleh beraya di kampung seperti biasa dan berjumpa dengan sanak-saudara, kawan-kawan dan yang paling penting dapat bersalaman,berpeluk dan menziarahi serta membuat open house .

Akhir kata, selamat menyambut hari raya dimana jua anda berada dan mari bersama-sama kita berjuang demi mencegah pandemik Covid-19 ini. Semoga hari raya kita penuh kegembiraan dan kesyukuran.

Good Health, Brings Joy

Superb Supplement

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *